EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH - Download RPH RPT SOALAN & BAHAN PENDIDIKAN Percuma (2024)

EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH - Download RPH RPT SOALAN & BAHAN PENDIDIKAN Percuma (1)

EGTukar KPM Permohonan Pertukaran Guru Sekolah, merupakan antara modul pengurusan guru yang terdapat dalamsistem pengurusan sekolahdi bawahBahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia.EGTUKAR KPMini juga adalah sangat berkait rapat dengan sistemeOperasikerana ianya dibawah modul pengurusan guru yang sama.

Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan. Data yang dikeluarkan oleh NUTP menganggarkan lebih 10,000 guru memohon persaraan pilihan setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini memberi peluang kepada guru mempunyai masalah diri sendiri, masalah keluarga, duka lara mereka dan geraduan baharu mengisi kekosongan tersebut.

Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui sistemEGTUKAR. Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan di KPM sahaja.

untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan aplikasi modul pengurusan guru terdapat dalamsistem pengurusan sekolahdi bawahBahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia ,mari ikuti kami di Telegram Pendidikan melalui pautan di bawah:

Contents

  • 1 EGTUKAR KPM
    • 1.1 Login Masuk
    • 1.2 Pendaftaran EGTUKAR
    • 1.3 LUPA KATA LALUAN
    • 1.4 Persoalan Permohonan EGTUKAR Guru di Bawah Kendalian KPM
    • 1.5 Statistik Terdahulu EGTUKAR bagi Proses Pertukaran Guru
  • 2 SYARAT PERMOHONAN
    • 2.1 Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru
    • 2.2 Jenis Pegawai Yang Boleh Memohon EGTukar
    • 2.3 Senarai Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon Pertukaran
    • 2.4 Mengapa Saya Gagal Dalam Permohonan EGTUKAR KPM?
    • 2.5 Contoh Surat Rayuan Egtukar 2023
  • 3 SOALAN LAZIM
    • 3.1 Bilakah para guru boleh Memohon EGTukar?
    • 3.2 Bilakah Keputusan EGTUKAR akan di Umumkan?
    • 3.3 Mengapa Pertukaran Suka Sama Suka Tidak Boleh dilaksaakan?
    • 3.4 Adakah Permoonan EGTUKAR Tidak Akan diluluskan Secara Automatik Jika Guru Besar/ Pengetua Tidak Menyokong Permohonan Tersebut?
    • 3.5 Adakah Boleh Membatalkan Kelulusan Pertukaran yang Berjaya atau Tidak Melaporkan Diri di Sekolah Baru?
  • 4 Maklumat Lanjut

EGTUKAR KPM

Login Masuk

Untuk login ke sistemEGTUKAR diatas, anda hanya klik pada tulisan yang dibesarkan itu. Kemudian anda boleh terus login melalui ID dan Kata Laluan anda masing-masing. Bagi guru yang pertama kali mengisiEGTUKAR, anda diwajibkan untuk mendaftar dahulu melalui pautan di bawah :

EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH - Download RPH RPT SOALAN & BAHAN PENDIDIKAN Percuma (2)

Pendaftaran EGTUKAR

  • Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan dan kemudiannya klik ‘OK.’
  • Setelah berjaya masuk, klik ‘Permohonan.’
  • Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan
  • Klik ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan permohonan.
  • Cetak permohonan untuk rujukan.

LUPA KATA LALUAN

Jika terlupa kata laluan,

  1. klik pada pilihan ‘LUPA KATA LALUAN’ di ruangan daftar masuk atau di sini .
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik ‘HANTAR’.
  3. Kata laluan pengguna akan dihantar kepada e-mail yang telah didaftarkan.

Persoalan Permohonan EGTUKAR Guru di Bawah Kendalian KPM

Apakah Kriteria Pemilihan Guru yang Melayakkan Mereka untuk Mendapat Kelulusan Bertukar ke Negeri yang di Pohon?

Untuk pengetahuan semua guru, terdapat 3 kriteria utama yang menjadi ukuran kepada algorithma atau lebih tepat pertimbangan bagi memutuskan sama ada guru tersebut lulus bertukar atau tidak.3 kriteria utamatersebut ialah:

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Disebabkan kriteria ini, pihak KPM telah membantu menyediakansistem lampu isyaratiaitu lampu yang menyatakan sama ada sesuatu negeri itu memiliki kekosongan jawatan atau tidak. Ia juga diselaraskan dengan jenis opsyen guru. Sistem ini diguna pakai sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat berwarna hijau, bermaksud terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya berwarna merah ia menandakan perkara yang berlawanan.

Sebagai makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada ketika itu.

Statistik Terdahulu EGTUKAR bagi Proses Pertukaran Guru

Bermula bulan Jun tahun 2015 kelulusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut serta syarat keutamaan lain yang ditetapkan. Bersandarkan sistem itu juga, keputusan kelulusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum Permohonan Pertukaran Guru

Berikut adalah syarat umum permohonan serta senarai guru yang tidak layak untuk membuat permohonan.

  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
  2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
  3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan.
  4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Jenis Pegawai Yang Boleh Memohon EGTukar

Permohonansecaradalam talianini dibuka kepadaPegawai Perkhidmatan Pendidikan:

  1. Gred DG29
  2. Gred DG32 (KUP Time-based)
  3. Gred DG34 (KUP Time-based)
  4. Gred DG38 (KUP Time-based)
  5. Gred DG41
  6. Gred DG42
  7. Gred DG44 (KUP Time-based)
  8. Gred DG48 (KUP Time-based)
  9. Gred DG52 (KUP Time-based) dan
  10. Gred DG54 (KUP Time-based) sahaja

Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut pentadbir secara hakiki dan guru cemerlang hendaklah mengisi borang permohonan secara manual. Borang itu perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

Senarai Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon Pertukaran

  1. Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  2. Mereka yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  3. Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  4. Dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  5. Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  6. Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Mengapa Saya Gagal Dalam Permohonan EGTUKAR KPM?

Isu kegagalan pertukaran ini sebenarnya telah banyak kali kita dengar. Terutama luahan hati para guru di media sosial. Sebenarnya, punca utama guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut:

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Jadi, jika anda gagal dalam Egtukar sebelum ini, cuba anda imbas kembali adakah anda mempunyai masalah tidak memenuhi 3 kriteria utama ini? Selain itu, guru semua perlu tahu bahawakelulusan pertukaran tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmatsecara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.

Contoh Surat Rayuan Egtukar 2023

Contoh tips kami menulis surat rayuan pertukaran guru egtukar

  1. Surat ditujukan kepada ketua unit sekolah rendah /sekolah menengah masing-masing
  2. Contoh tajuk surat adalah RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SK XXXXX, SABAH KE MELAKA BAGI SESI JANUARI 2023″ Ketua unit menengah En (Nama ada laman web portal KPM) atau Ketua unit rendah En (Nama ada laman web portal KPM
  3. Tulis sedikit pengenalan diri anda, nama penuh, nombor kad pengenalan IC, anda bagi pindah dari negeri mana ke negeri mana
  4. Tulis sebab dan punca anda ingin berpindah dengan meminta jasa baik dan pertimbangan dipihak KPM
  5. Sertakan pengalaman anda bertugas sebelum ini.
  6. Sertakan juga cop dan tandangan sokongan dari Guru Besar/Pengetua anda.
  7. Sertakan juga salinan permohonan egtukar anda bersama-sama surat rayuan
  8. Hantarkan surat tersebut ke KPM dan satu salinan ke JPN negeri dan PPD yang anda ingin berpindah.

        SOALAN LAZIM

        Bilakah para guru boleh Memohon EGTukar?

        Permohonan pertukaran yang terkini dibuka sepanjang tahun, tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Mantan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

        Bilakah Keputusan EGTUKAR akan di Umumkan?

        Banyak khabar angin yang bertiup kencang terutama di dalam media sosial. Jadi sekali lagi diingatkan kepada semua guru, tarikh keputusan permohonan pertukaranEGTUKARguru akan dimaklumkan secara dalam talian di dalam websiteEGTUKARyang rasmi.

        Mengapa Pertukaran Suka Sama Suka Tidak Boleh dilaksaakan?

        Secara asasnya, memang tiada istilah “pertukaran guru suka sama suka” di dalam EGTukar atau pertukaran guru secara amnya. Hal ini kerana Kelulusan pertukaran mengambil kira bilangan keseluruhan permohonan ke daerah/sekolah tersebut berdasarkan kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen daerah/ sekolah yang dimohon.

        Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 1975 Panduan Pertukaran Guru.

        Adakah Permoonan EGTUKAR Tidak Akan diluluskan Secara Automatik Jika Guru Besar/ Pengetua Tidak Menyokong Permohonan Tersebut?

        Permohonan pertukaran yang tidak disokong oleh pengetua/guru besar masih boleh dipertimbangkan berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

        Adakah Boleh Membatalkan Kelulusan Pertukaran yang Berjaya atau Tidak Melaporkan Diri di Sekolah Baru?

        Kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.

        Seseorang guru atau penjawat awam yang tidak melapor diri boleh diambil tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidak patuhan pegawai terhadap arahan penempatan/ pertukaran tempat bertugas.

        Tetapi, anda boleh membuat penangguhan memulakan tugas di tempat baru. Guru yang ingin memohon penangguhan mula bertugas perlu melapor diri kepada pengetua/ guru besar sekolah baharu terlebih dahulu dan seterusnya membuat permohonan penangguhan kepada pengetua/ guru besar sekolah baharu. Pengetua/ guru Besar sekolah baharu boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

        Selain itu, jika para guru mempunyai sebarang kemusykilan lain bolehmuat turunFAQ EGTUKARini:

        • FAQ EGTUKAR GURU

        Abaikan “Kabel” Yang Memberi Harapan UntukLuluskanEGtukarAnda!

        Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2018 satu isu panas telah timbul di Facebook di mana ada pihak yang menyatakan mereka telah ditawarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan meminta sejumlah wang bagi menjamin proses pertukaran mereka ke negeri yang mereka mohon itu diluluskan.

        Isu panas ini telah dijawab dengan tegasnya oleh pihak KPM sendiri. Untuk lebih lanjut boleh lihat artikel bertajuk ““.

        Jadi, untuk kali ini dan seterusnya silalah berhenti percayakan pada “kabel” anda. Pastikan anda abaikan pada mereka yang menawarkan bulan dan bintang untuk membantu anda lulus dalam pertukaran. Konsepnya, proses pertukaran satu pengiraan dan susun atur dari pihak Pentadbir, PPD, JPN, KPM yang mempunyai aturan sendiri. Banyakkan berdoa dan terus memohon EGTukar anda sehingga berjaya. Insyaallah Allah mendengarsuara hati guru EGtukarini kerana setiap yang memohon pasti ada alasan dan masalah yang tersendiri. Jangan sampai duit hangus, dan EGTukar gagal.

        Maklumat Lanjut

        Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar, sila rujuk laman web rasmi EGTukar.

        Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:

        • Pejabat Pendidikan Daerah
          • Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
        • Jabatan Pendidikan Negeri
          • Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
          • Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
        • BPLTV
          • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
        • BPI
          • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
        • BPSBP
          • Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
        • BPKHAS
          • Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
        • BSKK
          • Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.
        EGTUKAR KPM: PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH - Download RPH RPT SOALAN & BAHAN PENDIDIKAN Percuma (2024)
        Top Articles
        Latest Posts
        Article information

        Author: Sen. Emmett Berge

        Last Updated:

        Views: 6232

        Rating: 5 / 5 (60 voted)

        Reviews: 91% of readers found this page helpful

        Author information

        Name: Sen. Emmett Berge

        Birthday: 1993-06-17

        Address: 787 Elvis Divide, Port Brice, OH 24507-6802

        Phone: +9779049645255

        Job: Senior Healthcare Specialist

        Hobby: Cycling, Model building, Kitesurfing, Origami, Lapidary, Dance, Basketball

        Introduction: My name is Sen. Emmett Berge, I am a funny, vast, charming, courageous, enthusiastic, jolly, famous person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.